Apa itu gamelan ? |
||
Bayangkan kaum yang tidak menggunakan pinggan atau sudu garpu untuk makan tetapi daun pisang dan tangan, yang tidak mempunyai kertas untuk menulis tetapi daun nipah yang tak tahan lama di kelembapan tropika, yang tidak kenal kerusi dan méja, di mana laki-laki dan wanita tanpa pakaian hingga ke pinggang. Bayangkan seterusnya bahawa kaum yang sama membuat masakan sofistik, menikmati kesusasteraan lama namun bersemangat, memahat keajaiban dari kayu, menggunakan téknik yang kompléks untuk menghasilkan bahan tékstil yang tak kurang simbolisme kompléksnya. Dan diatas segala musik meréka ! Bagaimana hendak membayangkan bahawa tanpa alatali, alatiup, atau suara, tanpa skor dan tanpa téori, hanya petani boléh menghasilkan musik yang begitu kaya, begitu indah, irama yang lebih kompléks daripada yang ditujukan untuk pendengaran kita ? Bagi membantu perbayangan kita, kita hendaklah pergi ke wilayah Asia, di wilayah tropika, di kepulauan Jawa dan Bali. Timbullah pertanyaan mengenai penghuni meréka, orang Jawa atau orang Bali : apakah akhirnya penduduk ini primitip atau maju ? Setelah berbincang dengan orang Bali dan peradaban meréka, kita sedar bahawa meréka terasing dengan diléma seperti ini. Meréka menunjukkan kepada kita yang keprimitipan dan kemajuan tidak pernah tidak serasi. Dan nyata terbukti musik meréka ada pada pendengaran kita. Menghayati musik ini adalah penemuan sebenar. Ianya mengundang telinga kebaratan kita untuk mencari sesuatu di luar prinsip usang Éropah yang diterima secara sambil lewa, dan menghargai peradaban asing dan tersendiri. |
|
Walaupun pada hari ini kontéks ékonomi, sosial dan politik sudah berubah, gamelan masih berasal dari suasana yang tergambar di atas.
About the site | Tanggal laman ini : 17 NOV 2005 |